ANALISIS JENIS KESILAPAN DALAM OPERASI PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN PECAHAN (Error Analysis of Addition and Subtraction of Fractions)

Zakiah Salleh, Norhapidah Mohd Saad, Mohamad Nizam Arshad, Hazaka Yunus, Effandi Zakaria

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis kesilapan dan pola kesilapan sistematik yang sering dilakukan oleh pelajar dalam operasi penambahan dan penolakan pecahan. Subjek kajian terdiri daripada 120 orang pelajar tahun 5 yang mempunyai aras kognitif cerdas, sederhana dan lemah dari sebuah sekolah rendah di Daerah Besut, Terengganu. Instrumen kajian pula merupakan dua set soalan yang terdiri daripada masing-masing enam puluh soalan operasi penambahan dan operasi penolakan pecahan. Kesilapan-kesilapan di dalam kedua-dua set soalan dianalisis mengikut jenis kesilapan sama ada kesilapan rawak, kesilapan sistematik dan kesilapan kecuaian. Dapatan kajian menunjukkan bagi operasi penambahan pecahan, sebanyak 50.4% terdiri daripada kesilapan sistematik, 13.1% adalah kesilapan rawak dan 7.7% adalah kesilapan kecuaian. Manakala bagi operasi penolakan pecahan pula, 56.1% terdiri daripada kesilapan sistematik, 16.3% adalah kesilapan rawak dan 3.9% pula adalah kesilapan kecuaian. Sebanyak enam kategori pola kesilapan sistematik dianalisis dalam operasi penambahan pecahan di mana 32.6% merupakan kekurangan kefahaman terhadap proses operasi terlibat, 27.4% merupakan kesukaran dalam menurunkan pecahan, 20.0% kesilapan semasa menukar kepada penyebut yang sama, 10.7% kesilapan dalam pengiran, 5.6% kesilapan semasa menukar jawapan daripada pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan 3.6% kesilapan kerana menggunakan proses yang salah. Bagi operasi penolakan pecahan pula sebanyak lima corak pola kesilapan sistematik telah dianalisis di mana dapatan kajian menunjukkan 28.9% merupakan kesukaran menukarkan pecahan kepada bentuk paling ringkas, 27.6% merupakan kekurangan kefahaman terhadap proses yang terlibat, 17.3% kesukaran untuk menukar pecahan kepada penyebut yang sama, 14.8% merupakan kesilapan dalam pengiraan 11.4% pula kesilapan kerana menggunakan proses yang salah. Justeru, implikasi daripada kajian ini bermakna guru-guru hendaklah menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran berdasarkan keupayaan pelajar mereka. Kesilapan ini perlukan tindakan pemulihan yang segera agar ia nya tidak membebankan guru dan murid untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai sasarannya

Full Text:

PDF

References


Abd. Aziz Omar (2002). Transformasi masalah Matematik berayat dan ayat Matematik pecahan dalam kalangan murid Tahun 5 (Projek Sarjana Pendidikan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aida Suraya. (1994). Analisis kesilapan masalah-masalah berkaitan nombor perpuluhan dan pecahan bagi pelajaran Tahun Lima sekolah rendah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan,12.

Amar Sadi.(2007). Misconceptions in Numbers. UGRU, 5.

Borasi, R. (1998). Using errors as springboards for the learning of mathematics as inquiry: A Teaching Experiment. Journal for Research in Mathematics Education, 19(5), 168-202.

Cooper, T. (2004). How to learn better in fractions? Queensland: School of Mathematics, Science and Technology Education.

Cox, L.S. (1975). Diagnosing and remediation systematic error in addition and subtractions computations. Arithmetic Teachers, 22(3), 15-21.

Farrell, M.A. (1992). Learn from your students. The Mathematics Teacher, 85,656-659.

Groff, P. (1997). A future for fraction? The Mathematics Teacher, 85(8), 656-659.

Hasemann, K. (2001). Mathematical learning difficulties in secondary school (Edisi ke 4). Philadelphia: Open University Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah: Matematik. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Larson, C.N. (1998). Elementary teachers implement a diagnostic approach to teaching mathematics: focus on learning problems in mathematics. Retrieved from http://www.newcastle.edu.sc/deparment/ed/

math/pages/newman.html.

Lim, T. S. (2001). An analysis of computational errors of standard four pupils in three selected primary schools (Tesis Sarjana Pendidikan), Universiti Malaya.

Mariyani Shahrani (2004). Analisis kesilapan dalam menyelesaikan masalah penggunaan pembezaan di kalangan pelajar kejuruteraan (Projek Sarjana), Universiti Malaya.

Mohamad Johan Zakaria. (2002). Perkaitan antara pendekatan belajar dan menyelesaikan masalah bagi tajuk pecahan (Tesis Doktor Falsafah), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Newstead, K., & Murray, H. (1998). Young students’ constructions of fractions. Newstead (Eds.), Proceedings of the 22nd Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education, 3, 295-303. Stellenbosch, South Africa.

Ranjit, S. (2000). Understanding the concepts of fractions and decimals among grade nine students in Malaysia. International Journal of Mathematics Education in Science and Technology, 32, 528-549.

Rees, R., & Barr, G. (1984). Diagnosis and Prescription: Some Common Maths Problems. London: Harper and Row.

Schoenfeld, A.H. (1999). Looking toward the 21 century : Challenges of educational theory and practice. Retrieved from http://www.aera.net/

pubs/er/arts/28-07/schoen01.htm.

Sharma, M.C. (1998). Diagnosis : What is The Current Agenda? Focus On Remedial Problems In Mathematics. Journal of Mathematics Education, 20(1), 26-34.

Tajuddin Salleh.(2002). Perbandingan analisis kesilapan semasa menambah nombor bulat dengan pecahan dan pecahan dengan pecahan. Prosiding Penyelidikan Kebangsaan IPTA, hlm. 44-56.

Watanabe, T. (2002).Representations in Teaching and Learning Fraction. Teaching Children Mathematics, 8(8)

Yazid Zawawi. (2003). Kesukaran pelajar sekolah rendah dalam memahami konsep pecahan. Prosiding Seminar Penyelidikan MPSMB 2003, hlm. 71-82.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)