ANALISIS KESILAPAN BAGI TAJUK PECAHAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT(Error Analysis of Fractions Among Year Four Pupils)

Azurah Mohd Johar, Effandi Zakaria

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menganalisis jenis-jenis kesilapan berdasarkan Model Hierarki Kesilapan Newman dalam tajuk pecahan yang meliputi pecahan wajar, pecahan setara, penambahan pecahan dan penolakan pecahan. Seramai 30 orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah Daerah Seremban Negeri Sembilan dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan prosedur Newman. Newman mengklasifikasikan kesilapan sebagai kesilapan bacaan, kefahaman, transformasi, kemahiran proses, pengkodan dan kecuaian. Data dikumpulkan melalui ujian bertulis dan temu bual struktur serta dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan peratus dan kekerapan. Kesilapan kecuaian dijumpai semasa temu bual. Dapatan kajian menunjukkan tidak ada kesilapan bacaan sama ada pada penyelesaian pecahan wajar, pecahan setara, penambahan pecahan mahupun penolakan pecahan. Kesilapan kefahaman, transformasi dan kecuaian merupakan jenis kesilapan yang kerap dilakukan murid pada keempat-empat tajuk pecahan tersebut. Kesilapan pengkodan pula didapati berlaku hanya pada penyelesaian pecahan wajar. Manakala kesilapan kemahiran proses berlaku pada ketiga-tiga tajuk pecahan iaitu pecahan setara, penambahan pecahan dan penolakan pecahan. Kesilapan kemahiran proses tidak berlaku pada tajuk pecahan wajar. Dapatan kajian yang diperoleh daripada murid-murid sekolah ini dapat memberi manfaat kepada sekolah yang dikaji. Namun, ia juga dapat memberi maklumat berguna dalam mengembangkan aspek pengetahuan dalam bidang Matematik khususnya bagi tajuk pecahan di sekolah rendah.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)