KEUPAYAAN PELAJAR DALAM MENJANA MASALAH, MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENYELESAIAN MASALAH (Students' Ability in Problems Posing, Mathematical Problem-Solving and Attitudes Towards Problem Solving

Norulbiah Ngah, Effandi Zakaria

Abstract


Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan pelajar dalam menjana masalah matematik, sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah matematik dan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik. Kajian ini juga ingin mengenal pasti keupayaan menjana masalah matematik, sikap terhadap penyelesaian masalah dan keupayaan menyelesaikan masalah matematik berdasarkan jantina. Sampel kajian terdiri daripada 370 orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen di sekitar Daerah Kuala Terengganu. Tiga jenis instrumen digunakan iaitu Instrumen Penjanaan Masalah Matematik, Instrumen Sikap terhadap Penyelesaian Masalah Matematik dan Instrumen Penyelesaian Masalah Matematik. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferens iaitu ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan pelajar lebih berkeupayaan menjana ‘Masalah Due’ berbanding ‘Masalah Uno’. Selain itu, kajian ini juga mendapati keupayaan pelajar dalam menjana masalah matematik, sikap terhadap penyelesaian masalah matematik dan keupayaan menyelesaikan masalah matematik adalah pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian dengan menggunakan analisis inferens menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan berdasarkan jantina terhadap ketiga-tiga pemboleh ubah yang dikaji.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)