KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STAD KE ATAS SIKAP TERHADAP MATEMATIK (The Effects of STAD Cooperative Learning Model on Students’ Attitude towards Mathematics)

Zainun Ismaon, Zanaton Iksan, Norziah Othman

Abstract


Kajian ini menentukan kesan pembelajaran Koperatif dengan menggunakan model Student-Team-Achievement-Division (STAD) ke atas sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik. Kajian kuasi eksperimen ini melibatkan penggunaan instrumen soal selidik dan temu bual ke atas 82 orang pelajar Tahun 5 dari dua buah kelas di sebuah sekolah di negeri Kedah. Tempoh rawatan selama lima minggu dijalankan ke atas 42 orang pelajar dalam kumpulan rawatan dan 40 orang dalam kumpulan kawalan diajar dengan kaedah konvensional. Keputusan Ujian-t  menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi sikap pelajar terhadap matematik di antara kumpulan rawatan dan kawalan. Perbezaan ini ditunjukkan bagi kategori keseronokan dalam matematik dan aktiviti sosial dalam matematik. Tiada perbezaan yang signifikan pula ditunjukkan kategori bagi kepentingan/nilai dalam matematik. Keseluruhan 90.5% pelajar mempunyai persepsi positif terhadap Pembelajaran Koperatif model STAD ini. Bagaimanapun, pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi perlu ada dalam kalangan guru agar pembelajaran sebegini dapat dilaksanakan dengan penuh yakin dan tersusun.

Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Mohd Noh. (2000). Satu kajian kes terhadap pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran sains KBSM Sekolah Bestari Di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok, Selangor : Kaedah Kumpulan Perbincangan (Projek Sarjana Pendidikan), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.

Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Wong Su Lian, & Norhayati Mukti. (2005). Students' Attitudes Toward Calculus: A Preliminary Study among Diploma Students at Universiti Putra Malaysia. Jurnal Teknologi, UTM, 42(E),49–60. doi: 10.1177/1469787409355867

Lieberman, A. & Mace, D. P. (2010). Making Practice Public: Teacher Learning in the 21st Century. Journal for Teacher Education, 61(1-2), 77-88.

Effandi Zakaria, & Zanaton Iksan. (2007). Promoting Cooperative Learning in Science and Mathematics Education: A Malaysian Perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 3(1), 35-39.

Kamarudin Taib (1999). Kajian keberkesanan pembelajaran koperatif model STAD ke atas pencapaian murid Tingkatan 2 dalam mata pelajaran sains KBSM. (Laporan Penyelidikan). Maktab Perguruan Ampuan Afzan, Kuantan

Keitel, C. (2003). Values in Mathematics Classroom Practice: The Students' Perspective. Paper presented at the Learner's Perspective Study International Research Team, University of Melbourne, Australia.

Khalijah Mohd. Salleh. (1999). Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik: Satu Pendekatan yang Praktikal. In Mohd Yusof Othman (Ed.), Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Jilid 7 (ms 61-83). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzita Puteh. (2002). Factors Associated with Mathematics Anxiety (Edisi Pertama.). Perak, Malaysia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mazlan Ibrahin. (2002). Amalan Pembelajaran koperatif oleh Guru-Guru dan Kesan ke atas Sikap Pelajar terhadap Matematik (Projek Sarjana Pendidikan), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Mazlini Adnan, & Effandi Zakaria. (2009). Kepercayaan Guru terhadap Matematik, Pengajaran Matematik dan Pembelajaran Matematik. Paper presented at the Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor, Malaysia.

Munirah Ahmad Masduki. (2004). Penerapan nilai-nilai murni dalam prosess pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru di lapan buah Sekolah Menengah di Jitra, Kedah. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.

Nik Azis Nik Pa. (2009). Nilai dan etika dalam pendidkan matematik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin, & Miusa Daia. (2001). Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran-Koperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan, 2, 47-57.

Pensri Teeravarapaug & Krongthong Khairiree (1995). Cooperative learning in mathematics, Penang : SEAMEO RECSAM

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia

Sahidan Hashim. (2009). Kreativiti Guru Menjadikan Pengakaran dan Pembelajaran lebih Efektif, Menarik dan Menyeronokkan. Jurnal Paradigma IPG Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, 8, 63-69.

Siti Mistima Maat, & Effandi Zakaria. (2009). Mathematics Beliefs and Achievement among Engineering Technology Students. The International Journal of Learning, 16, (7), 39-47.

Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini Said Husain, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Mat Rofa Ismail, Mohd. Majid Konting, & Rohani Ahmad Tarmizi. (2005). Kefahaman Guru Tentang Nilai Matematik. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 43(E), 45-62.

Wu Thiam Yew, Sharifah Norul Akmar Syed Zamri, & Lian, L. H. (2011). Preservice Secondary School Mathematics Teachers' Subject Matter Knowledge of calculating Perimeter and Area. Academic Research International Journal, 1(2), 276-285.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)