SIKAP GURU PELATIH TERHADAP MATEMATIK DAN INTEGRASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (Attitudes of Trainee Teachers Toward Mathematics and Integration of Computers in the Teaching and Learning)

Noziati Borhan, Siti Mistima Maat

Abstract


Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sikap guru pelatih terhadap matematik dan pengintegrasian komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas 65 orang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang mengambil matematik sebagai subjek wajib di dalam pengajian. Kajian ini menggunakan soal selidik Attitude scales toward: math’s confidence, computer confidence, maths-teach attitudes, math tech experience yang mengandungi lima konstruk utama iaitu sikap dan keyakinan terhadap matematik, motivasi matematik, keyakinan terhadap komputer, motivasi komputer, interaksi dan penglibatan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Statistik deskriptif seperti min, peratus dan sisihan piawai digunakan bagi menganalisis data. Pekali korelasi Pearson digunakan  bagi menentukan hubungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Wujudnya hubungan positif yang kuat bagi setiap konstruk di dalam kajian. Dapatan juga menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai dua tahap keyakinan dan motivasi iaitu sederhana dan tinggi terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)