AMALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH (School-Based Assessment Practice among Mathematics Primary School Teacher)

Muhammad Sofwan Mahmud, Muhamad Farhan Abdul Halim, Nadia Fasha Mohd Drus

Abstract


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan suatu transformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia yang digunakan bagi mentafsir bidang akademik dan bukan akademik serta memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif berasaskan sekolah.  Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan PBS dalam kalangan guru Matematik sekolah rendah. Seramai 37 orang guru matematik yang terdiri daripada 12 orang guru lelaki dan 25 orang guru perempuan yang mengajar matematik di Daerah Kuala Pilah telah dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kaedah kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik dalam proses pengumpulan data. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferens bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa skor min keseluruhan amalan PBS dalam kalangan guru matematik sekolah rendah adalah tinggi. Walau bagaimanapun, berdasarkan ujian ANOVA sehala yang dijalankan mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan PBS dengan pengalaman mengajar. Melalui kajian ini, diharapkan ianya dapat membantu dan menjadi panduan kepada guru-guru matematik yang lain untuk meningkatkan amalan mereka dalam amalan PBS di sekolah masing-masing.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)