KEUPAYAAN PELAJAR MENJANA MASALAH MATEMATIK (Students’ Ability in Mathematical Problem Posing)

Rohani Hamsan, Effandi Zakaria

Abstract



Kajian ini bertujuan mengenal pasti keupayaan pelajar menjana masalah matematik. Di samping itu, kajian ini juga mengenalpasti bagaimana pelajar memanipulasi masalah semasa menjana masalah matematik. Sampel kajian terdiri daripada 54 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik yang berada dalam semester 5. Data dianalisis menggunakan data deskriptif iaitu frekuensi dan peratus. Pelajar menjana masalah matematik menggunakan strategi “What-If-Not” (WIN) dan situasi masalah semistruktur. Terdapat 4 tahap keupayaan pelajar diukur dalam strategi “What-If-Not”. Dapatan kajian menunjukkan pada tahap 1,79 peratus pelajar dapat mencirikan kesemua sifat dari permasalahan yang diberikan , kesemua pelajar dapat memanipulasi masalah daripada permasalahan diberi iaitu pada tahap 2, manakala pada tahap 3 , 98 peratus pelajar dapat menjana masalah matematik baru dengan memanipulasi beberapa fakta dari permasalahan yang diberikan dan 82 peratus pelajar dapat menyelesaikan masalah baru yang dijana. Dapatan juga menunjukkan pelajar lebih memilih buang keadaan atau menambah syarat baru dalam proses memanipulasi masalah.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)