ANALISIS JENIS KESILAPAN DALAM PEMBELAJARAN GEOMETRI KOORDINAT (Error Analysis of Students in the Learning of Coordinate Geometry)

Tam Siew Shong, Khoo Swee Chan, Vijaya Sengodan, Nursaadah Jailani

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis kesilapan pelajar dalam pembelajaran geometri koordinat. Kajian ini berbentuk kajian kes yang melibatkan 44 orang pelajar tingkatan 4 sebuah sekolah di Bukit Baru, Melaka. Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Diagnostik Geometri Koordinat yang mengandungi 36 item subjektif. Jenis kesilapan ini diklasifikasikan berdasarkan Model Klasifikasi Empirikal Nitsa Movshovitz-Hadar sama ada kesalahan menggunakan data, kesalahan mentafsir bahasa, kesalahan membuat inferens yang tidak logik, penyalahgunaan teorem atau definisi, penyelesaian yang tidak dapat ditentu sahkan atau kesilapan teknikal. Di samping itu, hubungan pencapaian responden dalam topik geometri koordinat dengan pencapaian matematik tambahan dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 juga ditentukan. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan peratusan untuk tujuan diagnostik jenis kesilapan, manakala analisis korelasi Pearson r digunakan untuk menentukan hubungan di antara dua pencapaian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar paling kerap melakukan kesilapan teknikal dalam subtajuk luas poligon dan persamaan garis lurus. Dalam subtajuk jarak di antara dua titik, pembahagian tembereng garis serta garis lurus selari dan garis lurus serenjang pula, pelajar paling kerap melakukan kesilapan penyalahgunaan teorem atau definisi, manakala kesilapan yang paling kerap dikesan dalam subtajuk persamaan lokus ialah kesalahan mentafsir bahasa. Analisis korelasi Pearson r pula menunjukkan terdapat hubungan di antara pencapaian responden dalam topik geometri koordinat dengan pencapaian responden bagi matematik tambahan tingkatan 4 dalam peperiksaan akhir tahun dengan nilai pekali korelasi Pearson r=0.643 pada paras p< 0.01. Hasil kajian dapat membantu guru merancang pengajaran yang lebih berkesan untuk menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik.


Full Text:

PDF

References


Andrea Wiens & Lincoln, N. (2007). An Investigation into Careless Errors Made by 7th Grade Mathematics Students. Math in the Middle Institute Partnership Action Research Project Report. (MA Degree), University of Nebraska-Lincoln

Andy, P. (2003). Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan masalah bercerita dalam matematik: Satu Kajian Tindakan.. Maktab Perguruan Batu Lintang. Retrieved from http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_andy.pdf

Azrul Fahmi bin Ismail & Marlina Ali. (2007). Analisis kesilapan dalam tajuk Ungkapan Algebra di kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from http://eprints.utm.my/5238/1/AzrulMarlina2007_Analisis kesilapan dalam tajuk ungkapan.pdf

Barnes (2002). Effectively using new paradigms in the teaching and learning of mathematics: Action research in a multicultural South African classroom. Retrieved from http://www.math.unipa.it/~grim/SiBarnes.PDF

Casey, D. P. (1978). Failing Students: A strategy of error analysis. Melbourne: Mathematical Association of Victoria.

Clarkson, P. C. (1992). Errors made in a mathematical language context: a cross cultural perspective. Journal of Science and Mathematics Education in South East Asia. SEAMEO-RECSAM, 15(1), 31-37.

Clements, M. A. (1982). Careless errors made by sixth grade children on written mathematical Tasks. Journal for Research in Mathematics Education, 13(2), 136-144.

Cohen, L. G. & Spenciner, L.J (2007). Assessment of Children & youth with special needs. Pearson Allyn Bacon Prentice Hall.

Fatimah Saleh & Lim, C. S. (1997). Diagnosis masalah berayat dalam matematik rendah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik, 98-104.

Hazimah Abdul Hamid & Wan Muhamad Saridan. (1990). Meninjau pola-pola kesilapan matematik pelajar-pelajar tahun pertama. Prosiding Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke IV, 401-416.

Hollander, S. K. (1978). A literature review: thought Processes involved in the solution of verbal arithmetic. School Science and Mathematics, 78, 327-345.

Ismail, K. & Ruslina (2010 ). Diagnosis Penguasaan Dan Kesalahan Lazim Dalam Tajuk Pembezaan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from http://eprints.utm.my/10677/1/Diagnosis_Penguasaan_Dan_Kesalahan_Lazim_Dalam_TajukPembezaan_Di_Kalangan_Pelajar_Sekolah_Menengah_Di_Daerah_Johor_Bahru.pdf

Kakoma Luneta (2010). Learner Errors and Misconceptions in Elementary Analysis: A Case Study of Grade 12 Class in South Africa. Acta Didactica Napocensia, 3(3), 35-46.

KPM (2000). Huraian Sukatan Pelajaran (KBSM) Tingkatan IV: Matematik Tambahan

KPM (2012). Syarat Kemasukan matrikulasi/IPTA. Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved from http://upu.mohe.gov.my/upu.php

Law, H. Y. (1994). The use of mental representation of conceptual knowledge for assessing mathematical understanding.(Master of Philosophy in Education), Chinese Hong Kong University

Legutko, M. (2009). An analysis of students’ mathematical. Errors in the teaching-research process. Pedagogical university of kraków (poland).

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2008). Kupasan Mutu Jawapan, Lembaga Peperiksaan Malaysia. http://www.moe.gov.my/.

Mazlini Adnan & Effandi Zakaria (2009). Kepercayaan Guru terhadap Matematik, Pengajaran Matematik dan Pembelajaran Matematik. Paper presented at the Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM), Johor, Malaysia.

Newman, M. A. (1977). An analysis of 6th grade pupils' errors on written mathematical tasks. . Research in Mathematical Education in Australia, 239-258.

Nitsa Movshovitz-Hadar, O. Z. S. I. (1987). An Empirical Classification Model for Errors in High School Mathematics. Journal for Research in Mathematics Education 1987, 18, 1-14.

Norasiah, A. (2002). Pembentukan ujian untuk mengenalpasti kelemahan asas matematik pelajar di sebuah institutsi pengajian tinggi teknikal. (Tesis Sarjana Pendidikan). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Parmjit, G. (2000). Understanding the concepts of proportion and ratio among grade nine students in Malaysia. International Journal of Mathematics Education in Science and Technolgy, 31, 579-599.

Radatz, H. (1979). Error analysis in mathematical education. Journal for Research in Mathematics Education, 10, 163-172.

Radzali, R. (1997). Keupayaan algebra asas pelajar tingkatan empat sekolah menengah kerajaan Daerah Hulu Langat. (Kertas Projek Sarjana Pendidikan). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rahman (1996). Penilaian diagnostik operasi asas dalam Matematik tingkatan satu. Laporan Praktikum Sarjana Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.

Saad, S. (1995). Proses membentuk dan melaksanakan rancangan pengajaran individu dalam pengajaran pemulihan matematik: kajian kes. Laporan Praktikum Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Shamsuddin, I. S.(2003). Diagnosis Jenis Kesilapan Pelajar dalam pembelajaran pembezaan. (Kertas Projek Sarjana Pendidikan). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Watson, I. (1980). Investigating errors of beginning mathematicians. Educational Studies in Mathematics, 11, 319-329.

White, A. L. (2009). A Revaluation of Newman’s Error Analysis. Retrieved from http://www.mav.vic.edu.au/files/conferences/2009/08White.pdf

Wong, K. Y. (2005). Enhancing Students’ Learning through Error Analysis. Department of Science and Mathematics Education, Universiti Brunei Darussalam. Retrieved from http://www.math.nie.edu.sg/kywong/ERRORS%20Wong%20Brunei.DOC

Yeo Kee Jiar , Siti Sara Abdul Halim (2010). Tahap Pengetahuan Pedagogi Pelajar Tahun Akhir, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Zakiah Zaid, Maheran Yusof & Che Roshana Hassan (1998). Penguasaan tajuk-tajuk algebra merupakan asas kecemerlangan Matematik Tambahan. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands 25-27 November.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)