MATEMATIK DAN KEMAHIRAN ABAD KE-21: PERSPEKTIF PELAJAR (Mathematics and the 21st Century Skills: Students’ Perspective)

Nurul Nashrah Salehudin, Noor Hasimah Hassan, Nur Aida Abd Hamid

Abstract


Perubahan teknologi berlaku hampir setiap hari. Pendidik matematik memainkan peranan yang amat penting untuk menghadapi cabaran-cabaran pada abad ke-21. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana penguasaan kemahiran abad ke-21 murid Tingkatan Empat semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Kaedah yang digunakan ialah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid Tingkatan Empat daripada sebuah sekolah menengah di Putrajaya. Kemahiran abad ke-21 yang dikaji mempunyai lima komponen utama iaitu literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan, produktiviti yang tinggi serta norma dan nilai kerohanian. Analisis keseluruhan perbezaan kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina murid menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan.   Diharapkan kajian dapat membantu para guru, pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyusun strategi untuk penambahbaikan pengajaran matematik dalam abad ke-21.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)