PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK (Students’ Perception Towards Mathematics Teacher’s Communication Behavior)

Siti Raihana Azman, Uminur Atikah Ramli, Nor Azwanis Zainurin

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru matematik dan membuat perbandingan antara persepsi pelajar aliran sains dan pelajar aliran sastera terhadap amalan guru matematik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik TCBQ (Teachers’ Communication Behavior Questionnaires) versi Bahasa Melayu. Seramai 53 orang pelajar (24 orang pelajar dari aliran sains dan 29 orang pelajar dari aliran sastera) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik TCBQ ini mempunyai lima skala yang merangkumi amalan komunikasi guru matematik yang dikaji iaitu mencabar, memberi galakan dan pujian, sokongan bukan verbal, memahami dan peramah, serta mengawal. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan amalan komunikasi guru berada pada tahap yang sederhana berdasarkan skor min keseluruhan pelajar bagi setiap skala. Kedua-dua aliran menunjukkan skor min yang hampir sama terhadap persepsi amalan komunikasi guru matematik.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru matematik dan membuat perbandingan antara persepsi pelajar aliran sains dan pelajar aliran sastera terhadap amalan guru matematik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik TCBQ (Teachers’ Communication Behavior Questionnaires) versi Bahasa Melayu. Seramai 53 orang pelajar (24 orang pelajar dari aliran sains dan 29 orang pelajar dari aliran sastera) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik TCBQ ini mempunyai lima skala yang merangkumi amalan komunikasi guru matematik yang dikaji iaitu mencabar, memberi galakan dan pujian, sokongan bukan verbal, memahami dan peramah, serta mengawal. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan amalan komunikasi guru berada pada tahap yang sederhana berdasarkan skor min keseluruhan pelajar bagi setiap skala. Kedua-dua aliran menunjukkan skor min yang hampir sama terhadap persepsi amalan komunikasi guru matematik.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)