KEPERCAYAAN MATEMATIK DAN KEFAHAMAN KONSEPTUAL PELAJAR DALAM TOPIK INTEGRAL (Students’ Mathematical Beliefs and Conceptual Understanding of Integral)

Agus Rizal, Effandi Zakaria

Abstract


Bagi sebilangan pelajar, matematik dirasakan sebagai sesuatu yang sukar, membosankan, sangat tidak praktikal dan abstrak. Mengubah fahaman negatif tentang matematik atau menanamkan fahaman yang positif terutama kepada pelajar adalah perkara yang asas, dan bukan perkara yang mudah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepercayaan pelajar tentang diri mereka sebagai pelajar matematik, disiplin matematik, pengajaran dan pembelajaran matematik. Selain itu, kajian ini juga menentukan kefahaman konseptual pelajar dalam topik integral serta perkaitan di antara pemboleh ubah yang dikaji. Kajian ini berbentuk tinjauan semasa dan telah dijalankan kepada 203 orang pelajar tahun ketiga yang menuntut di Sekolah Menengah Atas Negeri, Kota Madya Dumai, Provinsi Riau, Indonesia. Data dipungut daripada responden dengan menggunakan soal selidik kepercayaan pelajar tentang matematik dan satu set soalan ujian matematik. Kajian mendapati kebanyakan pelajar mempunyai kepercayaan matematik yang tinggi dalam setiap dimensi kepercayaan matematik mereka. Bagaimanapun, didapati kefahaman konseptual dalam topik integral masih lemah. Keputusan kajian juga mendapati kefahaman konseptual dalam  topik integral mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan semua dimensi kepercayaan matematik yang dikaji.

Kata Kunci: Kepercayaan pelajar, kefahaman konseptual, integral, kepercayaan matematik

 

ABSTRACT

Mathematics is always perceived as difficult, tedious, impractical, and abstract. Changing a negative belief about mathematics or instilling positive beliefs especially to students is something fundamental, and not a simple matter. Therefore, this study aimed to identify the students' beliefs about themselves as students of mathematics, the discipline of mathematics, and mathematics teaching and learning. In addition, this study sought to determine students' conceptual understanding of the integral and the relationship between the variables studied. A survey was carried out on 203 third year students enrolled in Sekolah Menengah Atas Negeri, Kota Madya Dumai, Provinsi Riau, Indonesia. The instruments used were a conceptual understanding test and questionnaires of student beliefs about mathematics. The study showed that most students hold high mathematics beliefs in every dimension of their mathematical beliefs. However, their conceptual understanding of the integral was weak. It was also found that there was a significant positive correlation between conceptual understanding of the integral and all dimensions of mathematical beliefs. 

 

Key words: students' beliefs, conceptual understanding, integral, mathematics beliefs


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)