KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS PELAJAR MATEMATIK TAMBAHAN SEKOLAH MENENGAH (Critical Thinking Skills of Additional Mathematics Secondary School Students)

Noraini Aziz

Abstract


ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Tingkatan Empat yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan di Daerah Lipis. Seramai 228 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 105 orang pelajar lelaki dan 123 orang pelajar perempuan dari lima buah sekolah menengah di Daerah Lipis. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal-A (WGCTA-A) yang mengandungi 80 item. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar Matematik Tambahan Tingkatan Empat di Daerah Lipis secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana (53.6%). Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara jantina bagi kelima-lima konstruk kemahiran berfikir kritis (membuat inferens, mengusul periksa andaian, membuat deduksi dan interpretasi serta menilai hujah). Melalui ANOVA satu hala, hanya satu konstruk dalam Kemahiran Berfikir Kritis yang tidak menunjukkan perbezaan min yang signifikan antara pelajar berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Empat konstruk lagi menunjukkan perbezaan min yang signifikan. Melalui ujian Pos-Hoc, perbezaan min bagi keempat-empat konstruk tersebut adalah antara pelajar berpencapaian tinggi dan rendah dan antara pelajar berpencapaian sederhana dan rendah. Ujian korelasi Spearman’sRho menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kelima-lima konstruk kemahiran berfikir kritis dengan pencapaian. Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa proses PdP perlu memberikan penekanan kepada proses penerapan kemahiran berfikir agar pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis mereka.
Kata kunci: Kemahiran berfikir kritis, membuat inferens, mengusul periksa andaian, membuat
deduksi dan interpretasi serta menilai hujah

 


Full Text:

PDF

References


Abu Ani Shawal. (2004). Hubungan Antara Gaya Kognitif, Kemahiran Saintifik, Pemikiran Kritikal, dan Pencapaian Fizik Di Kalangan Murid-murid Tingkatan Empat. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Alias Baba. 1999. Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial. Cetak ulang. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cavallo, A.M.L., Rozman, M. &Potter, W.H. (2004). Gender Differences in Learning Contructs, Shifts in Learning Contructs, and Their Relationship to Course Achievement in a Structured Inquiry, Year long College Physics Course for Life Science Majors. School Science and Mathematics,104(6),288-300

Fatma, A.A., Ishak, O., & Savas, A. (1998). Parental Attitude and Critical Thinking Ability in Adolescents.Unpublished.

Krejcie, R.V.& Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational and Psychological Measurement,30,607-610.

McCool, M. (2002). Watson Glaser Critical Thinking Maple Woods: Academic Year 2001-2002. Office of Research, Evaluation and Assesment. Metropolitan Community College.

Noor Azlan Ahmad Zanzali. (2004). Syarahan Perdana Profesor: Perkembangan Cabaran Pendidikan Matematik Abad ke 21. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Noor Suryati Mohd Ashari. (2000). Tahap Penguasaan Pelajar dalam Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam Mata Pelajaran Sains Tahun Enam Daerah Gua Musang. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Curriculum Orientation Course 2005: Integrated Curriculum For Secondary Schools: Additional Mathematics Form 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Kementerian Pendidikan Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Kertas Kerja dalam Seminar / Pameran Projek KBKK: Poster ‘Warisan-Pendidikan-Wawasan’, 1-2 Ogos.

Rollins, T.J.(1990). Levels of Critical Thinking of Secondary Agriculture Students. Journal of Agricultural Education.19,47-53.

Sabaria Juremi. (2002). Panduan Guru: Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi, Kemahiran Proses Sains Dan Kemahiran Berfikir Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Sabaria Juremi. (2003). Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Kemahiran Berfikir Kritis, Kreatif, Proses Sains dan Pencapaian Biologi. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.

Shu, C.Y.&Wen, C.L. (2000). The Relationship among Creative , Critical Thinking and Thinking Styles in Taiwan High School Students. Journal of Instructional Psychology,31(1).

Unit Perancang Ekonomi. (2001). Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Unit Peperiksaan. (2008). Analisis SPM 2007: Analisis Mata Pelajaran Matematik Tambahan. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

Unit Peperiksaan. (2005). Analisis SPM 2008: Analisis Mata Pelajaran Matematik Tambahan. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

Watson, G. dan Glaser, E.M.(1980). Watson-Glaser Critical Thinking Appraisal Form A. SanAntonio: Psychological Corporation, Harcour Brace dan Co.

Screwn, R. (2011). The art of listening. Journal of Psychology, 15(30), 5-13.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright@ Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (ISSN:2231- 9425)